Ada dua penarikkan dalam diri kita sebagai hamba..apa dia?iaitulah tarikkan iman dan tarikkan hawa nafsu..Mengapa dikatakan begini,,?sudah tentu kerana keakraban mereka ini akan menentukan di mana kedudukkan yang bakal dipilih oleh seorang manusia itu…jika terlebih kuat tarikkan imannya,Alhamdulillah..kalau terkurang tarikkan imannya…maka,celakalah(nauzubillah)
Dalam kehidupan sehari-hari…sebelum kita pejamkan mata..kita mula terfikir apa yang bakal kiota lakukan esok..masih hidupkah kita?masih ada peluangkah kita menghirup udara rabbi?masihkah?
Dan setelah kita masih dibangunkan pada esok hari..kita pula terfikir..apa pula yang bakal dilakukan untuk menambah iman yang mungkin pudar semalam dan bersyukur di atas nikmat kehidupan menandakan kita ada masa untuk bertaubat?
Mengapa sahabat-sahabat?Mengapa kita perlu takot akan hadirnya dosa dalam diri kita?Sudah tentu yang pertamanya kerana kita adalh manusia maksum(tidak sempurna),mudah terdedah dan tidak lari dengan kekotoran dosa….
Penghuni syurga bukanlah golongan yang tidak pernah berbuat dosa,,padahal mereka juga melakukan dosa..namun,apa yang membezakan mereka dengan penduduk neraka adalah..apabila mereka melakukan dosa,justeru,mereka terus bertaubat tanpa berlengah…
Dan apabila kita mula mahukan kebaikan,sudah tentu kita mahu semua orang disekeliling kita tercium juga kebaikan yang kita perolehi bukan?Soalnya bagaimana?bagaimana ingin membantu mereka?Alhamdulillah jika kita mahu tergolong juga dalam golongan penyeru kebenaran…dan mintak dijauhkan dari golongan yang hanya mahukan kebaikkan pada dirinya namun,masyarakat ditinggalkan(nauzubilllah)
Soalnya,payah benar mahu menuntun orang bukan?payah benar mahu menyentuh hati bukan?Nah,sekarang masanya untuk kita mencari ilmu dan terus mencurah ilmu(menasihati orang bukan bermaksud menunggu ilmu penuh di dada)bukankah Rasulullah pernah bersabda:sampaikanlah walau dengan sepotong ayat.
Dunia hari ini..terlampau-lampau kucar-kacir…bermula dari individu,institusi keluarga hinggalah ke pemerintahan..amat huru-hara….bagaimana kalau golongan yang sudah sedar akan kepincangan ini masih duduk diam tanpa mempraktikkan ilmu yang dimilikki…
Marilah sahut seruan,marilah sedarkan diri,marilah kejutkan diorang..bahawa sudah tiba masanya untuk pencahayaan diri,pencerahan diri,pencarian diri terhadap agama Islam..
Islam tidak perlukan kita…kita yang perlukan islam
Islam tidak perlu dikaji kerana ia sudah melengkapi,
Tetapi kita ini yang perlu mengkaji..sejauh mana sudah diri kita diuji?
Sejauh mana diri mencari untuk pengislahan diri?